Bacaan Adzan dan Iqomat

ADZAN
Allahu Akbar Allahu Akbar. (2X)
Asyhadu alla illahaillallah. (2X)
Asyhadu anna Muhammadar rasulullah. (2X)
Haiyaalas solah (2X)
Haiyaalal falah. (2X)
Allahu Akbar Allahu Akbar.
La ilahaillallah.

Artinya :
Allah Maha Besar, Allah Maha Besar.
Aku menyaksikan bahawa Tiada Tuhan melainkan Allah.
Aku menyaksikan bahawa Muhammad itu pesuruh Allah.
Marilah Sembahyang.
Marilah kepada kejayaan.
Allah Maha Besar, Allah Maha Besar.
Tiada Tuhan melainkan Allah.
Tambahkan “Assolaatu khairun minan naum” (2X) artinya “Sembahyang itu lebih baik dari Tidur” pada Azan Subuh setelah “Haiyaalal falah” (2X)

Sunnah Di Waktu Menyeru Adzan (Muadzin)
  1. Berwudhu’
  2. Menghadap ke arah Kiblat
  3. Berdiri sewaktu menyeru Adzan atau Qamat
  4. Dilakukan di tempat yang tinggi.
  5. Muadzin hendaklah menyaring dan mengeluarkan suaranya.
  6. Mengulang-ulang lafadz syahadatain
  7. Muadzin menutup kedua telinganya dengan jari telunjuk ketika mengucapkan “Haiyaalas solah” sambil memalingkan muka kearah kanan, dan ketika mengucapkan “Haiyaalal falah” berpaling ke arah kiri.

Menjawab seruan Adzan
Jika kita mendengar seruan Adzan, hendaklah kita menyahut, mengikut atau menjawab apa yang diucapkan dalam Adzan yang diserukan oleh muadzin dengan perlahan-lahan, cuma pada bacaan :
“Haiyaalas solah” dan “Haiyaalal falah” maka kita ucapkan :
“Laa haulawala quwwata illa billa hil alyyil aadzim”
artinya : “Tiada daya upaya dan kekuatan ku kecuali dengan pertolongan Allah”.

“Assolaatu khairun minan naum” maka kita ucapkan “Syadaqta wa barirta waana mina syaahidiin”
maksudnya “ Benarlah dan mendapat kebaikanlah engkau dan aku adalah daripada yang menyaksikan”.

IQAMAH :
Qamat disebut juga dengan Iqamah yakni ucapan atau bacaan yang dilakukan ketika akan melakukan sholat.
Allahu Akbar Allahu Akbar.
Asyhadu alla illahaillallah.
Asyhadu anna Muhammadar rasulullah.
Haiyaalas solah Haiyaalal falah.
Qadqamatis solah Qadqamatis solah.
Allahu Akbar Allahu Akbar.
La ilahaillallah.

artinya:

Allah Maha Besar, Allah Maha Besar.
Aku menyaksikan bahawa Tiada Tuhan melainkan Allah.
Aku menyaksikan bahawa Muhammad itu pesuruh Allah.
Marilah Sembahyang.
Marilah kepada kejayaan.
Sesungguhnya sudah hampir mengerjakan sembahyang.
Allah Maha Besar, Allah Maha Besar.
Tiada Tuhan melainkan Allah.

Menjawab bacaan Qamat:

Jika berjamaah, maka yang membacakan Qamat itu cuma seorang saja contohnya muadzin, tidak perlu lagi kita Qamat. Bagaimanapun untuk beroleh pahala hendaklah kita menyahut, mengikut atau menjawab apa yang diucapkan dalam Qamat yang dibacakan oleh muadzin dengan perlahan-lahan, cuma pada bacaan :
“Haiyaalas solah Haiyaalal falah” maka kita ucapkan
“Laa haulawala quwwata illa billa hil alyyil aadzim” artinya
“Tiada daya upaya dan kekuatan ku kecuali dengan pertolongan Allah”.

“Qadqamatis solah Qadqamatis solah” maka kita ucapkan
“Aqaamahallahu wa adaamahaa” artinya
“Semoga Allah menjadikan Solat ini berdiri terus dan kekal”
Selepas adzan dan iqamah, kita disunatkan membaca sholawat atas Rasul dan sahabat.


DO’A SELEPAS AZAN DAN IQAMAH
Allahumma rabba hazihid da’ watittamah. Wassolatil qaimah. Ati saiyidana Muhammadanil wasilata wal fadhilah. Wassyarafa waddarajatal ‘aliatar rafi’ah. Wab’athhul maqamal mahmudal lazi wa’adtah. Innaka laatukhliful mi’ad. Rabbighfirli waliwalidaiya (3X). Warhamhuma kama rabbayani saghira. Wasollallahu ‘ala saiyidini Muhammadiw wa’alihi wasahbihi wassallam.
Artinya:
Ya Allah, Wahai Tuhan yang telah mensyariatkan seruan adzan dan sembahyang yang akan didirikan. Kurniakanlah kedudukan yang tinggi dan terpuji yang engkau telah janjikan kepada junjungan kami Nabi Muhammad dan kehormatan, sesungguhnya Engkau tidak memungkiri janji. Ya Allah ampunilah aku serta ibubapaku dan kurniakanlah rahmat kepada keduanya sebagaimana kedua mereka memelirara akan daku. Dan selamat sejahtera atas junjungan kami Muhammad dan keluarganya dan sahabat-sahabat baginda.

1 komentar:

  1. Asalamualaikum Wr.Wb
    izin Copy Paste semoga bermanfaat
    Syukron
    Wasalamualaikum Wr.Wb

    BalasHapus